1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah
perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang
menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak
mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada
pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai
hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang
inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan
tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana
yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling
memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat
serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap
akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan
hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh
menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit
hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah
dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang
sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal
inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita
tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu
adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan
yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu
mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai
dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan
hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati
orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan
bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya.
Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia
menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya
membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh
membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan
dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda
sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
0 komentar:
Posting Komentar